Thursday, September 16, 2010
Tersekat
Trafik mindaku bergerak begitu perlahan hari ini. Terasa sepertinya lambaian longlai daun pisang yang ditiup lemah dek hembusan bayu petang itu jauh lebih laju. Cuti yang jarang-jarang berlaku ini tidak dapat ku manfaatkan sepenuhnya. Hayunan bandul jam antik milik almarhum ayahanda ku tenung begitu sahaja. Detik berlalu.. otak ku berserabut... Sesungguhnya aku dalam kerugian...
Saturday, September 11, 2010
Selamat Hari Raya..
عيد سعيد
Pejam celik, tok ssedor raye doh kite... Rasanye ni la Ramadhan terpendek yang dilalui. Tup tup sbulang doh ke? macang 2 minggu je? Kalu nok kate Aidilfitri adalah hari untuk sambut kemenangan.. fikir lah berkali-kali.. adakah sebebenarnya kita telah menang? Apakah amalan di ramadhan
kali ini ada peningkatan berbanding tahun lepas? Jawab sendiri... Untuk bulan sendiri.. rasanye.. kureeeeeeennng je. :(
Bulan kemerdekaan tahun ini tidak terasa sangat akan kemeriahannya.. Kibaran jalur gemilang pun tak segalak tahun-tahun lepas.. mood kureng agak nye, mana tak nye, minyak naik, gula naik,santan naik, pulut pun naik, daun palas pun naik jugak.. sampai ketupat pulut dari 25 sen naik ke 40 sen dengan saiz yang semakin kecik. Bukan ketupat je, boleh dikatakan saiz juadah di bazar ramadhan kali ini rata-rata mengalami perubahan saiz secara ketara, pulut lepa a.k.a pulut panggang pun dari saiz ibu jari kaki susut ke saiz jari kelingking..
Cakap pasal merdeka, adakah kita telah merdeka dari diri sendiri, atau masih dikekang dan diterajui oleh nafsu nafsi?
Rasanya ramadhan adalah terlalu besar untuk ditempuh dengan kadar selamba. Kalau orang besar nak datang, macam-macam persediaan kita buat, dari protokol sampailah ke menu apatah lagi acara- acaranya. Inikan pulak bulan yang ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. Apakata kita mulakan persediaan seawal syawal ini. Apa pun.. selamat meyambut lebaran.. كل عام و انتم بخير
Bulan: Semoga Allah menemukan lagi dengan ramadhan yang akan datang.. Aamiiin.

Wednesday, May 26, 2010
Hutang.. oh hutang...
Sekarang ni memang zaman berhutang. beli kereta, beli rumah.. nak belajar pun berhutang jugak.Memandangkan Bulan kerja bidang trading ni, lagi la macam-macam gelagat orang berhutang. Ada yg sengaja melambat-lambatkan bayar hutang, ada buat tak ingat, tak kurang jugak yang memang tak nak bayar. Seolah-olah bayar hutang tu tak masuk dalam senarai tanggung-jawab. Kalau yg berniaga pulak, kebanyakkan bukan sebab takde duit nak bayar hutang, tapi nak pusing untuk projek lain.Sampai hampir nak kena saman pun rilek je. Yang penting, ada catatan dan ada yang tahu pasal hutang tu, almaklumla, mati tak tahu bila. Baru 2 hari lepas ada seorang meninggal sakit jantung, sehari sebelumnya sempat lagi bergurau dgn arwah. Jadi skrg kenalah keluarkan balik rekod hutang yg berkenaan, mana yang belum buat bil, mana yg nak contra,takut termakan harta anak yatim pulak.
Kalau nak cerita pasal kutip hutang, satu hari pon tak habis. Bulan pernah terima satu invois, dekat invois tu ada satu footnote,"HUTANG WAJIB DIBAYAR WALAUPUN TIDAK DITUNTUT!".Tak pernah terfikir pulak nak design invois macam tu.
Bulan: sentiasa berdoa agar mati tak meninggalkan hutang.. aamiiiin

Saturday, May 8, 2010
Panas terik..
"oooooo... panasnyeee.. kenapala sekarang ni panas sangat, nak kerja pon takde mood". Biasa la dengar keluhan-keluhan macam tu. Tapi WAU punya pasal, takpe pulak pakat dongak ke langit tengah-tengahari buta (1.00PM). Tak berpinau ke mata?.Lalu sekali lagi sejam kemudian, tak jugak surut-surut orang berkumpul kat situ.Tu la dia pemandangan di Pesta Wau semalam. Orang kata,nak seribu daya, tak nak seribu dalih... kalau dah suka, apa rintangan mendatang, sengiiiiihh je. Tapi kalau dah tak nak, segala benda tak logik pon jadik alasan.
Monday, April 26, 2010
Musim berubah lagi..
Cuaca sekarang tak menentu..dah 2 minggu panas terik.. bukan setakat terik, mencucuk-cucuk rasanya.. tambah pulak, kereta tak de aircond. Agaknye ramai dok mengeluh..hari ni tiba-tiba lebat pulak hujannya. Mengeluh lagi lah tukang-tukang dan kontraktor tak boleh nak buat kerja. Kalau dah naik atap tu ok le. Tapi memang manusia adaaaaa je alasannya.Tak tau la nak kata apa. Yang pasti, nikmat untuk kita, belum tentu nikmat untuk orang lain juga, mungkin musibah untuk setengah-setengahnya.Duka bagi kita mungkin suka bagi orang lain pula. Bersyukur dengan apa yang ada,rela dengan dugaan dan ketentuanNya, tangani apa jua rintangan dengan usaha, doa dan tawakkal.
Thursday, January 14, 2010
Asyura

Musim bubur asyura kembali lagi.Teringat masa tingkatan satu dulu. Masuk asrama kat JB.Kesah nye, masa tu pertama kali lintas sempadan negeri. Ada announcement waktu minum petang, kononnye ada menu special hari tu, bubur asyura (org trg sebut bubor su-re). Excited nye aku masa tu, al maklum le , orang buat bubur tu setahun sekali je. Beratur punye beratur, time makcik dewan makan senduk bubur tu dalam tray..."plup". Aku pandang kiri kanan. Kot la orang lain dapat benda lain.
Sampai meja makan aku cakap la.."doh mane bubor surenye? ning bubor nasik ning!!" member sebelah aku lak org kelate,"Ho deh? pelek la, mugo bubor lambok ja!?" Aku jawab "bubor lambok mende.. sela daung pong tadok! kacang jawe banyok la." [adapun bubur lambok di Terengganu dipenuhi dengan dedaun seperti pucuk paku merah,daun kadok, pucuk ubi dan sebagainya..]
Lepas tu baru la aku tau. Memang la bubur asyura versi selatan macam tu.Ada pun bubur asyura versi Terengganu (dan Kelantan mungkin)memang takde rupa bubur. Masa panas-panas baru letak dalam bekas tu cair lagi pastu bila sejuk ia akan membeku kepada struktur yang lembik-lembik. Mengandungi kekacang, jagung, ubi, ayam dan daging (kalau nak) serta menggunakan rempah khas. Kalau nak dibandingkan, versi-versi bubur asyura mengikut geografi sebelah pantai timur semenanjung, tahap kemanisan, kelikatan dan warna (darjah kegelapan) semakin menurun dari Kelantan menuju ke Terengganu, seterusnya ke turun lagi ke Pahang dan Johor.Di sebelah pantai barat tak sempat nak rasa, tang utara pulak belum rezeki nak jejak kaki ke sana. Mungkin pengalaman orang lain berbeza pulak.
Banyak jugak makanan-makanan lain kat Malaysia ni, nama sama, tapi rupa dan rasa memang tak sama. Ada pulak nama macam-macam tapi bende yang sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)