Cuma terpedaya.?.. takut nak sebut... tapi mungkin aku lebih dari teruk dari itu.. apakah mungkin aku sebenarnya dari golongan yang celaka? Bergetar jantung untuk mengakuinya..
Hidupku masih ditakuk lama, amalku, ibadahku, hanya biasa, malah mungkin semakin mundur.. nak kata sibuk? sibukkah aku sebenarnya.. Semangatku semakin luntur.. Jiwa ku semakin kabur.
Who am I to blame? The inbalanced hormone? My deteriorating health? Stress? Just myself i guess. I really need a break. Something I cant afford.Walaupun cuti tahun yang tertunggak rasanya dah cukup untuk pergi buat haji.
Bulan: i'm falling off the wagon.. doa chu seyo... tasukete!!!!
Bicara Sang Bulan
Sunday, June 26, 2011
Thursday, September 16, 2010
Tersekat
Trafik mindaku bergerak begitu perlahan hari ini. Terasa sepertinya lambaian longlai daun pisang yang ditiup lemah dek hembusan bayu petang itu jauh lebih laju. Cuti yang jarang-jarang berlaku ini tidak dapat ku manfaatkan sepenuhnya. Hayunan bandul jam antik milik almarhum ayahanda ku tenung begitu sahaja. Detik berlalu.. otak ku berserabut... Sesungguhnya aku dalam kerugian...
Saturday, September 11, 2010
Selamat Hari Raya..
عيد سعيد
Pejam celik, tok ssedor raye doh kite... Rasanye ni la Ramadhan terpendek yang dilalui. Tup tup sbulang doh ke? macang 2 minggu je? Kalu nok kate Aidilfitri adalah hari untuk sambut kemenangan.. fikir lah berkali-kali.. adakah sebebenarnya kita telah menang? Apakah amalan di ramadhan
kali ini ada peningkatan berbanding tahun lepas? Jawab sendiri... Untuk bulan sendiri.. rasanye.. kureeeeeeennng je. :(
Bulan kemerdekaan tahun ini tidak terasa sangat akan kemeriahannya.. Kibaran jalur gemilang pun tak segalak tahun-tahun lepas.. mood kureng agak nye, mana tak nye, minyak naik, gula naik,santan naik, pulut pun naik, daun palas pun naik jugak.. sampai ketupat pulut dari 25 sen naik ke 40 sen dengan saiz yang semakin kecik. Bukan ketupat je, boleh dikatakan saiz juadah di bazar ramadhan kali ini rata-rata mengalami perubahan saiz secara ketara, pulut lepa a.k.a pulut panggang pun dari saiz ibu jari kaki susut ke saiz jari kelingking..
Cakap pasal merdeka, adakah kita telah merdeka dari diri sendiri, atau masih dikekang dan diterajui oleh nafsu nafsi?
Rasanya ramadhan adalah terlalu besar untuk ditempuh dengan kadar selamba. Kalau orang besar nak datang, macam-macam persediaan kita buat, dari protokol sampailah ke menu apatah lagi acara- acaranya. Inikan pulak bulan yang ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. Apakata kita mulakan persediaan seawal syawal ini. Apa pun.. selamat meyambut lebaran.. كل عام و انتم بخير
Bulan: Semoga Allah menemukan lagi dengan ramadhan yang akan datang.. Aamiiin.

Wednesday, May 26, 2010
Hutang.. oh hutang...
Sekarang ni memang zaman berhutang. beli kereta, beli rumah.. nak belajar pun berhutang jugak.Memandangkan Bulan kerja bidang trading ni, lagi la macam-macam gelagat orang berhutang. Ada yg sengaja melambat-lambatkan bayar hutang, ada buat tak ingat, tak kurang jugak yang memang tak nak bayar. Seolah-olah bayar hutang tu tak masuk dalam senarai tanggung-jawab. Kalau yg berniaga pulak, kebanyakkan bukan sebab takde duit nak bayar hutang, tapi nak pusing untuk projek lain.Sampai hampir nak kena saman pun rilek je. Yang penting, ada catatan dan ada yang tahu pasal hutang tu, almaklumla, mati tak tahu bila. Baru 2 hari lepas ada seorang meninggal sakit jantung, sehari sebelumnya sempat lagi bergurau dgn arwah. Jadi skrg kenalah keluarkan balik rekod hutang yg berkenaan, mana yang belum buat bil, mana yg nak contra,takut termakan harta anak yatim pulak.
Kalau nak cerita pasal kutip hutang, satu hari pon tak habis. Bulan pernah terima satu invois, dekat invois tu ada satu footnote,"HUTANG WAJIB DIBAYAR WALAUPUN TIDAK DITUNTUT!".Tak pernah terfikir pulak nak design invois macam tu.
Bulan: sentiasa berdoa agar mati tak meninggalkan hutang.. aamiiiin

Subscribe to:
Posts (Atom)