Pages

Monday, April 26, 2010

Musim berubah lagi..

Cuaca sekarang tak menentu..dah 2 minggu panas terik.. bukan setakat terik, mencucuk-cucuk rasanya.. tambah pulak, kereta tak de aircond. Agaknye ramai dok mengeluh..hari ni tiba-tiba lebat pulak hujannya. Mengeluh lagi lah tukang-tukang dan kontraktor tak boleh nak buat kerja. Kalau dah naik atap tu ok le. Tapi memang manusia adaaaaa je alasannya.Tak tau la nak kata apa. Yang pasti, nikmat untuk kita, belum tentu nikmat untuk orang lain juga, mungkin musibah untuk setengah-setengahnya.Duka bagi kita mungkin suka bagi orang lain pula. Bersyukur dengan apa yang ada,rela dengan dugaan dan ketentuanNya, tangani apa jua rintangan dengan usaha, doa dan tawakkal.