Pages

Thursday, September 16, 2010

Tersekat

Trafik mindaku bergerak begitu perlahan hari ini. Terasa sepertinya lambaian longlai daun pisang yang ditiup lemah dek hembusan bayu petang itu jauh lebih laju. Cuti yang jarang-jarang berlaku ini tidak dapat ku manfaatkan sepenuhnya. Hayunan bandul jam antik milik almarhum ayahanda ku tenung begitu sahaja. Detik berlalu.. otak ku berserabut... Sesungguhnya aku dalam kerugian...

Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya..

عيد سعيد

Pejam celik, tok ssedor raye doh kite... Rasanye ni la Ramadhan terpendek yang dilalui. Tup tup sbulang doh ke? macang 2 minggu je? Kalu nok kate Aidilfitri adalah hari untuk sambut kemenangan.. fikir lah berkali-kali.. adakah sebebenarnya kita telah menang? Apakah amalan di ramadhan

kali ini ada peningkatan berbanding tahun lepas? Jawab sendiri... Untuk bulan sendiri.. rasanye.. kureeeeeeennng je. :(

Bulan kemerdekaan tahun ini tidak terasa sangat akan kemeriahannya.. Kibaran jalur gemilang pun tak segalak tahun-tahun lepas.. mood kureng agak nye, mana tak nye, minyak naik, gula naik,santan naik, pulut pun naik, daun palas pun naik jugak.. sampai ketupat pulut dari 25 sen naik ke 40 sen dengan saiz yang semakin kecik. Bukan ketupat je, boleh dikatakan saiz juadah di bazar ramadhan kali ini rata-rata mengalami perubahan saiz secara ketara, pulut lepa a.k.a pulut panggang pun dari saiz ibu jari kaki susut ke saiz jari kelingking..

Cakap pasal merdeka, adakah kita telah merdeka dari diri sendiri, atau masih dikekang dan diterajui oleh nafsu nafsi?

Rasanya ramadhan adalah terlalu besar untuk ditempuh dengan kadar selamba. Kalau orang besar nak datang, macam-macam persediaan kita buat, dari protokol sampailah ke menu apatah lagi acara- acaranya. Inikan pulak bulan yang ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. Apakata kita mulakan persediaan seawal syawal ini. Apa pun.. selamat meyambut lebaran.. كل عام و انتم بخير

Bulan: Semoga Allah menemukan lagi dengan ramadhan yang akan datang.. Aamiiin.